BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Sunday, January 23, 2011

menjaga hati itu menyakitkan..!!


salam..dulu CHAL ada tulis entri pasal menjaga hati itu milik siapa..kali ini CHAL cuma buka hati dan perasaan CHAL untuk berkongsi dengan anda pasal menjaga hati juga tapi berkisar pasal kesakitan..kepedihan dan kesengsaraan...iya...sapa disini yang tidak pernah merasa sakit ekoran daripada menjaga hati orang lain apa lagi jika orang itu adalah orang yang anda sayang..orang yang anda ingin menjaga hatinya agar ia sentiasa senyum...gembira dan bahagia kerana bagi anda itulah sebaik-baik tingkahlaku dan pengorbanan yang anda boleh lakukan untuk membuktikan cinta dan kasih sayang anda...emmm...tapi..adakah anda gembira..adakah anda bahagia dengan apa yang anda lakukan...??masing2 ada jawapan tersendiri...


Bagi Chal..menjaga hati itu adalah perkara pertama yang harus wujud dalam apa2 juga perhubungan..Hubungan dengan Ibu bapa, adik2, kawan2 dan mungkin dengan kekasih hati..semua itu memerlukan penjagaan..penjagaan yang harus dimulakan dari sapa??adakah pasangan anda ataupun dari diri sendiri??...mesti ada yang jawab diri sendiri dan ada juga yang akan mengangkat kening dan menjawab pasangan saya lah yang harus mulakan..kalau dia sayang saya..dia lah yang harus mulakan...



1.Bila orang tu sayangkan saya.. Dia mesti tunjukkan cinta nya.Dia mesti tunjukkan dari tingkah laku dan personalitinya bahawa dia mmg cintakan saya.
2. Dia yang salah..dia tak pandai nak menjaga hati saya..dia asik nak betul saja...saya ni asik salah saja.
3. Dia harus tumpukan perhatian pada saya..tak boleh kepada orang lain .
4. Kalau dia salah..dia lah yang harus pujuk dan minta maaf dengan saya...

em...menjaga hati itu sesuatu yang abstrak..tiada sapa dapat menjaga hati sapa2..melainkan kita jaga hati kita sendiri..mmg betul..dalam kita menjaga hati orang lain kadang2 kita lupa yg kita telah abaikan satu daging..daging yang seharusnya kita jaga baik2..daging yang punya kuasa untuk menentukan kita gembira atau berduka..kita tersenyum atau menangis..daging itu adalah hati kita sendiri...hati yang boleh membuatkan kita kebal dari segala serangan minda dari orang lain..walaupun dihunus dengan pedang yang tajam ke dalamnya..dilontar dengan batu tomahan yg besar..disumbat dengan kata2 kejian andai hati itu sentiasa tidak mempedulikannya...anda pasti akan bahagia kerana ketahuilah..SEMUA YANG BERLAKU KEPADA KITA BERMULA DARI APA YANG ADA DI HATI...

biarpun seringkali kita mengalah pada orang yang kita sayang tetapi sesekali ingatlah untuk mengalah kepada hati kita sendiri kerana dia juga berhak untuk di jaga..berhak untuk dipimpin ..berhak untuk dibelai..berhak untuk dikasihi dan paling penting berhak untuk dicintai selalu kerana KITALAH YANG LEBIH MENGETAHUI APA YANG ADA DI HATI KITA..

0 comments: